04/01/2010
PELAKSANAAN POLISI ‘WHISTLE-BLOWING’
DI LEMBAGA PELABUHAN KELANG DAN PERLANTIKAN DUA AHLI JEMAAH LEMBAGA BEBAS YANG BARU
30/12/2009 – Dimaklumkan bahawa Jemaah Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang bersidang pada 16 Disember 2009 telah bersetuju untuk meluluskan pelaksanaan polisi ‘Whistle-Blowing’ untuk diterimapakai di LPK dan Port Klang Free Zone (PKFZ).
Polisi ‘Whistle Blowing’ adalah merupakan satu polisi bagi menggalakkan pendedahan laporan / pengakuan yang dibuat oleh kakitangan, pembekal dan lain-lain pihak yang mempunyai perkaitan dengan LPK, bagi apa jua penyalahgunaan, kesalahan dan rasuah yang berlaku di dalam entiti LPK dan PKFZ.
Cadangan pelaksanaan polisi ini dibuat berikutan cadangan penambahbaikan yang diusulkan oleh Jawatankuasa Ad Hoc Tadbir Urus LPK yang telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Datuk Paul Low sebagai usaha untuk memastikan kepatuhan terhadap etika tadbir urus dan program anti rasuah.
Auditor Dalam, LPK telah dilantik sebagai ‘Appointed Representative’ (AR) bagi melaksanakan polisi ini dan satu Jawatankuasa ‘Whistle Blower’ telah ditubuhkan. Berikut merupakan ahli-ahli Jawatankuasa yang telah dipersetujui oleh Jemaah Lembaga LPK.
i. Pengerusi Jawatankuasa Audit - (Pengerusi)
ii. Auditor Dalam, LPK
iii. Penasihat Undang-Undang, LPK
iv. Pengurus Jabatan Keselamatan & Bomba, LPK
Sehubungan itu, satu sesi taklimat sebagai hebahan terhadap pelaksanaan polisi ini kepada kakitangan LPK dan PKFZ akan disampaikan oleh Auditor Dalam, LPK pada pertengahan bulan Januari 2010.
Di dalam hal yang berkaitan, LPK juga turut bersetuju untuk mengemukakan cadangan kepada Y. B. Dato’ Sri Ong Tee Keat berhubung perlantikan dua orang Ahli Jemaah LPK bebas yang baru iaitu Y. Bhg. Dato’ Ng Mann Cheong dan En. Mohd Nik Hasyudeen bin Yusoff.
Dato’ Ng Mann Cheong merupakan seorang peguam dengan pengalaman melebihi 30 tahun. Beliau kini turut menganggotai Jemaah Lembaga Pengarah Tan Chong Motor Holdings Berhad, AM Trustee Berhad, AM Mortagage One Berhad dan beberapa syarikat swasta yang lain.
En. Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff yang merupakan seorang Akauntan berkelulusan dari Curtin University of Technology, Australia kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inovastra Sdn. Bhd.. Beliau merupakan bekas Presiden Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan juga Lembaga Pengarah (MIA).
(Biodata kedua-dua calon tersebut adalah seperti di lampiran).
Bagi memantapkan lagi pelaksanaan polisi ini di LPK, satu sesi seminar selama 1 hari berkaitan dengan Tadbir Urus Yang Baik (Good Governance) akan diadakan pada bulan Mac 2010 dengan kerjasama Transparency International Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Lee Hwa Beng
Pengerusi


